Teknik Forex Profit Hanya Dengan Simple Teknik MACD

TEKNIK SIMPLE MACD - PROFIT DENGAN TEKNIK RINGKAS MACD

Hari ini saya akan berkongsi sedikit teknik paling simple dalam trading forex dengan mengunakan indicator MACD.Indicator ( indikator ) Macd terdapat dalam terminal trading broker yang mengunakan Mt4 sebagai salah satu platform trading.

Teknik ni dikongsi oleh rakan trading saya.jom belajar

Teknik ini cuma mengandalkan Indikator MACD doang. dan sudah teruji

Caranya:
Tunggu indikator MACD menunjukkan titik puncak seperti ini di TF M15 dan H1
Jika MACD menunjukkan puncak dibawah seperti gambar diatas, OP BUY ( TP 50 pips jika trend D1 naik, jika trend D1 turun paling TP 10-15 )
Jika MACD menunjukkan puncak diatas, OP SELL ( TP 50 pips jika trend D1 turun, jika trend D1 naik paling TP 10-15 )

Selamat mencuba.Jika anda mahukan pakej forex percuma boleh layari halaman utama blog ini..Sekian

Read more


Belajar Forex : Apa Itu Expert Advisor

Kenali Dan Fahami Apa Itu Expert Advisor Dalam Forex

Dalam Menjalankan aktiviti trading forex,ramai akan mencari cara supaya trading menjadi lebih mudah dan senang untuk menghasilkan keuntungan.Hari ini saya akan menerangkan sedikit info yang perlu anda tahu mengenai "Apa Itu Expert Advisor Dalam Forex"

Expert Advisor Atau Singkatannya "EA",ialah satu program yang diciptakan untuk menjalankan aktiviti trading forex secara "fully automated" atau Automatik.Juga dikenali dengan panggilan "robot forex" atau "auto trader",ianya akan menjalankan semua aktiviti trading untuk akaun forex anda tanpa perlu anda berdepan dengan komputer anda.

Dengan hanya perlu installkan kedalam terminal jenis metatrader,setting yang sesuai dengan jumlah modal,pips,leverage dan jenis akaun,maka expert advisor akan mula menjalankan trading forex anda.Dari semua segi bermula daripada open trade.set TP sehinggalah open position anda mencapai TP ( Take Profit ) yang di targetkan,ianya akan terus membuka trading forex untuk anda sehinggalah anda tutup terminal dan off pc anda.

Namun setiap EA mempunyai cara dan analisis berbeza mengikut formula yang direka oleh pencipta EA itu sendiri.Ada beberapa jenis formula EA yang biasa digunakan oleh mereka yang sesuai untuk trading akaun mereka iaitu

1) Martiangle
2) Hedging
3) Based On Candlestick
4) Basic MACD
5) Basic Indicator

Dan ada beberapa lagi jenis formula yang mereka gunakan.Namun setiap Ea ada kelebihan dan kekurangan sendiri.

Dihalaman utama saya ada menyediakan pakej Lengkap dengan EA sekali untuk anda secara percuma tanpa perlu buat apa apa bayaran.




Read more


Nickname untuk matawang matawang dalam forex


Nickname untuk matawang Dalam Forex

Hari ini kita akan mengenali nickname yang biasanya disebut sebut oleh otai dan pakar dalam trading forex.Penerangan kali ini cukup cukup Ringkas.

GBP/USD  = Cable

EUR/USD = Fiber

USD/CHF = Swissy

USD/CAD = Loonie

AUD/USD = Aussie

NZD/USD = Kiwi

GBP/JPY = Geppy

EUR/GBP = Chunnel

Harap post kali ini sedikit sebanyak dapat membantu newbie memahami lebih dalam mengenai forex dan seterusnya trading forex dengan lebih baik dan lancar.

Bagi yang berminat mendapatkan pakej forex percuma full daripada blog ini bolehlah ke Halaman depan.

Read more


Belajar Forex : Lebih Info Mengenai Istilah Dalam Forex

BAB 3 : Lebih Info Mengenai Istilah Istilah Dalam Forex

Hari ini saya dapat menyediakan lebih update kepada anda mengenai istilah dalam forex yang ramai ingin tahu maksud sebenar semua istilah istilah forex yang sedia ada.Kali ini kita sambung ke bab 3 ( sambungan daripada bab 2 dan bab 1 pada post sebelum ini )

Berikut adalah istilah istilah dalam forex yang perlu anda tahu dan belajar

Floating
- Posisi trading yang sedang dibuka masih dalam keadaan terapung dimana posisi yang sedang dibuka dapat mencapai TP ataupun tidak.

Bull / Bullish MARKET 
- Istilah yang digunakan untuk menggambarkan pasaran trend menaik

Bear / Bearish MARKET
- Istilah yang digunakan untuk menggambarkan pasaran trend menurun

Take Profit  / TP
- Adalah penentuan titik target keuntungan yang ingin kira raih

Balance
- Jumlah Baki Yang ada pada akaun trading Tanpa Mengira Posisi Yang Sedang floating

Equity 
- adalah perkiraan yang akan terjadi pada jumlah modal kita jika kita melakukan close pada titik itu juga terhadap posisi yang sedang floating( bergantung kepada trade sama ada untung mahupun rugi )

Commision
- Caj yang dikenakan semasa melakukan transaksi ( Biasanya Islamic account tidak ada komisen dikenakan )

Lot
- Amaun sebuah transaksi / trading,seperti contoh lot 0.1 bersamaan dengan 10 sen per pip.( namun ianya berbeza untuk jenis akaun trading mini atau standard,juga berbeza mengikut jenis dan pilihan broker.Contoh yang digunakan di sini adalah daripada broker instaforex dengan akaun standard )

Margin
- Sejumlah Amaun yang harus diberi kepada broker sebagai cagaran untuk melakukan transaksi ( dalam bentuk digital / credit )

Margin Call
Permintaan Broker agar menambah dana ke dalam akaun agar posisi yang dibuka tidak di tutup. ( jika modal hampir habis akibat daripada posisi yang sedang floating,maka posisi yang sedang floating ( dalam keadaan negatif ) maka posisi floating tersebut akan di tutup secara paksa ( automatik ) dan menyebabkan kerugian

Account Balance
- Baki hasil debit & kradit yang terdapat dalam akaun.( sebelum dan selepas melakukan trading forex )

Sampai sini sahaja info untuk kali ini.Jika ada istilah istilah lain yang boleh saya update,saya akan update ke post seterusnya.Terus bersama dengan blog ini untuk mendapat lebih banyak info dan pembelajaran mengenai forex.Jika anda berminat mendapatkan Pakej Forex Percuma / PFP bolehlah ke halaman utama untuk mendapatkannya

Read more


Belajar Forex : Kenali Istilah Istilah Forex


BAB 2 : Kenali Lebih Banyak Info Mengenai Istilah Forex

Kali ini kita akan sambung kepada bab ke 2,dimana kita sambung semula pembelajaran forex pada post sebelum ini

Kita teruskan pembelajaran hari ini

BUY LIMIT ORDER = Arahan untuk membuka posisi BUY dengan syarat jika harga bergerak turun ke bawah ddengan nilai pip yang telah ditetapkan. Contoh GBP/USD turun 20 pip dan Order Buy Limit dilaksanakan secara automatik.

SELL STOP = Arahan untuk membuka posisi SELL dengan syarat jika harga bergerak turun ke bawah dengan nilai pip yang telah ditetapkan. Contoh GBP/USD turun 20 pip dan Order Sell Stop dilaksanakan secara automatik.

SELL LIMIT ORDER = Arahan untuk membuka posisi SELL dengan syarat jika harga bergerak naik ke atas dengan nilai pip yang telah ditetapkan. Contoh GBP/USD naik 20 pip dan Order Sell Limit Order dilaksanakan secara automatik

SCALPER = Istilah yang digunakan untuk trader yang membuka transaksi BUY/SELL dengan jumlah pip yang kecil dan menutup posisi dalam masa yang singkat.

DAY TRADER = Istilah yang digunakan untuk trader yang membuka posisi harian dan menutup transaksi tidak lebih dari tempoh 24 jam posisi dibuka.

SWING TRADER = Istilah yang digunakan untuk trader yang membuka posisi dalam tempoh lebih dari 24 jam dan selalunya menutup posisi selepas minggu, bulan atau tahun. 

BID = Harga yang ditawarkan kepada trader untuk Membeli sesuatu nilai kontrak

ASK = Harga yang ditawarkan untuk trader Menjual sesuatu nilai kontrak

SPREAD = Perbezaan JUAL/BELI harga antara BID & ASK


Kita akan sambung lagi ke post seterusnya untuk next update akan datang.Lebih banyak info forex yang terbaik khas untuk anda.Jika anda ingin mendapatkan pakej forex percuma PFP,bolehlah ke halaman utama.

Read more


Belajar Forex : Kenali Istilah Istilah Dalam Forex

BAB 1 : Belajar Kenali Istilah Istilah Dalam Forex

Salam kepada semua pelawat pakejforexpercuma.blogspot.com

Hari ini kita akan belajar sedikit sebanyak istilah istilah dalam forex untuk pengetahuan dan pembelajaran kepada semua.Namun penerangan yang saya berikan agak sedikit ringkas untuk memastikan lebih ramai newbie faham dan seterusnya menambah lebih baik ilmu forex yang sedia ada.

Berikut adalah sedikit istilah istilah dalam forex yang dapat saya terangkan di dalam Bab 1 kali ini.

Market Order
- Arahan untuk membuka posisi BUY @ SELL pada harga pasaran semasa

Limit Order (Take Profit Order) 
- Arahan untuk menetapkan nilai keuntungan bagi posisi yang dibuka, cth posisi BUY GBP/USD & Take Profit Order ditetapkan sebanyak 20 pip. Maka jika GBP/USD begerak 20 pip maka secara otomatik posisi Buy akan ditutup.

Stop Loss
- Arahan untuk menetapkan nilai kerugian sesuatu posisi, contoh posisi BUY GBP/USD & Stop Loss telah ditetapkan sebanyak 20 pip dan sekiranya harga reverse sebanyak 20 pip maka secara automatik posisi BUY akan ditutup.

Buy Stop
- Arahan untuk membuka posisi BUY dengan syarat jika harga bergerak naik ke atas dengan nilai pip yang telah ditetapkan. Contoh GBP/USD naik 20 pip dan Order Buy Stop dilaksanakan secara automatik.

Keep up to date untuk info dan tip serta pembelajaran di masa akan datang.Next update = BAB 2 : Kenali Lebih Banyak Info Mengenai Istilah Forex

Read more


Tips Forex : Apa Itu Pips

TIPS FOREX : Apa Itu Pips

Hari ini saya akan menerangkan sedikit tips dan info dalam forex mengenai pips.Mungkin ramai sedia maklum istilah pip dalam forex,iaitu "percentage in point" dalam penerangan lebih mudah point.

Ia amat penting bagi newbie newbie forex mempelajari lebih mendalam mengenai pip di dalam pembelajaran forex.

Pip adalah pergerakan kecil dalam market atau pasaran matawang seperti forex.Untuk memudahkan anda,saya akan berikan contoh mudah untuk difahami.Disini saya akan mengunakan Pair ( matawang ) Eur/Usd

Contoh : - Market Price Bagi Pair Eur/Usd terkini 1.2910 - kemudian dalam tempoh beberapa minit,ianya berubah kepada 1.2918,ini bermakna pergerakan pip adalah naik sebanyak 8 pip.Bagaimana pengiraan pip di buat? berikut adalah cara membuat pengiraan pip cara ringkas

Perbezaan 1.2910 kepada 1.2918 = naik sebanyak 8 pip ( pengiraan di buat melalui titik nombor di bahagian hujung sekali )

Jika Contoh :- Market Price Bagi Pair Eur/Usd terkini  1.2910 - Kemudian dalam tempoh beberapa minit,ianya berubah kepada 1.2902,ini bermakna pergerakan pip adalah turun sebanyak 8 pip.

Ini merupakan penerangan ringkas yang boleh saya terangkan kepada anda.Subscribe blog saya untuk mendapatkan update terbaru mengenai pembelajaran dan tip forex yang akan di update dari masa ke semasa ( jika saya ada masa terluang )

Jika anda berminat mendapatkan pakej forex percuma yang saya tawarkan di muka dengan secara percuma anda semua bolehlah ke halaman utama untuk cara cara mendapatkan pakej forex secara percuma daripada saya tanpa sebarang bayaran.


Read more


Forex Sumber Pendapatan Internet Sebenar





Sumber Pendapatan Internet Yang Cepat - FOREX

Forex merupakan salah satu alternatif untuk menghasilkan pendapatan melalui internet selain daripada PPC,PPL,blogging,MLM dan lain lain.Namun semua harus tahu,untuk berjaya dalam bidang forex,bukan sekadar memerlukan modal,tetapi ilmu basic yang cukup sebelum memulakan trading forex yang berkesan.Walaupun dengan modal yang kecil melalui akaun mini iaitu serendah USD1

Setelah berjaya menguasai basic mengenai cara trading,mengenali setiap pair,cara simple untuk analisis market dan berjaya menguasai pengunaan jenis terminal trading dan memahami indicator,barulah anda memulakan trading sebenar dengan forex disamping menguasai lebih dalam dan advance dalam forex.

Ianya bukan sesuatu yang terlalu sukar untuk semua individu,apa yang paling penting sabar dan jangan tamak.Target profit yang konsisten dan sesuai dengan modal dan target anda.Fokus kepada 1 atau 2 pair sahaja.Jangan lebih.

Untuk posting seterusnya saya akan postkan tips tips yang sesuai untuk memastikan setiap trading forex berkesan dan konsisten seterusnya mendapat profit yang baik

Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej forex percuma daripada blog ini,sila klik button Home / Muka Depan

Belum ada akaun forex? Register akaun baru forex sekarang

Read more

Bookmark Us

Register Instaforex


Best Forex Broker


Follow US

LinkBack

directories free automated linkback