Belajar Forex : Lebih Info Mengenai Istilah Dalam Forex

BAB 3 : Lebih Info Mengenai Istilah Istilah Dalam Forex

Hari ini saya dapat menyediakan lebih update kepada anda mengenai istilah dalam forex yang ramai ingin tahu maksud sebenar semua istilah istilah forex yang sedia ada.Kali ini kita sambung ke bab 3 ( sambungan daripada bab 2 dan bab 1 pada post sebelum ini )

Berikut adalah istilah istilah dalam forex yang perlu anda tahu dan belajar

Floating
- Posisi trading yang sedang dibuka masih dalam keadaan terapung dimana posisi yang sedang dibuka dapat mencapai TP ataupun tidak.

Bull / Bullish MARKET 
- Istilah yang digunakan untuk menggambarkan pasaran trend menaik

Bear / Bearish MARKET
- Istilah yang digunakan untuk menggambarkan pasaran trend menurun

Take Profit  / TP
- Adalah penentuan titik target keuntungan yang ingin kira raih

Balance
- Jumlah Baki Yang ada pada akaun trading Tanpa Mengira Posisi Yang Sedang floating

Equity 
- adalah perkiraan yang akan terjadi pada jumlah modal kita jika kita melakukan close pada titik itu juga terhadap posisi yang sedang floating( bergantung kepada trade sama ada untung mahupun rugi )

Commision
- Caj yang dikenakan semasa melakukan transaksi ( Biasanya Islamic account tidak ada komisen dikenakan )

Lot
- Amaun sebuah transaksi / trading,seperti contoh lot 0.1 bersamaan dengan 10 sen per pip.( namun ianya berbeza untuk jenis akaun trading mini atau standard,juga berbeza mengikut jenis dan pilihan broker.Contoh yang digunakan di sini adalah daripada broker instaforex dengan akaun standard )

Margin
- Sejumlah Amaun yang harus diberi kepada broker sebagai cagaran untuk melakukan transaksi ( dalam bentuk digital / credit )

Margin Call
Permintaan Broker agar menambah dana ke dalam akaun agar posisi yang dibuka tidak di tutup. ( jika modal hampir habis akibat daripada posisi yang sedang floating,maka posisi yang sedang floating ( dalam keadaan negatif ) maka posisi floating tersebut akan di tutup secara paksa ( automatik ) dan menyebabkan kerugian

Account Balance
- Baki hasil debit & kradit yang terdapat dalam akaun.( sebelum dan selepas melakukan trading forex )

Sampai sini sahaja info untuk kali ini.Jika ada istilah istilah lain yang boleh saya update,saya akan update ke post seterusnya.Terus bersama dengan blog ini untuk mendapat lebih banyak info dan pembelajaran mengenai forex.Jika anda berminat mendapatkan Pakej Forex Percuma / PFP bolehlah ke halaman utama untuk mendapatkannya

Read more


Belajar Forex : Kenali Istilah Istilah Forex


BAB 2 : Kenali Lebih Banyak Info Mengenai Istilah Forex

Kali ini kita akan sambung kepada bab ke 2,dimana kita sambung semula pembelajaran forex pada post sebelum ini

Kita teruskan pembelajaran hari ini

BUY LIMIT ORDER = Arahan untuk membuka posisi BUY dengan syarat jika harga bergerak turun ke bawah ddengan nilai pip yang telah ditetapkan. Contoh GBP/USD turun 20 pip dan Order Buy Limit dilaksanakan secara automatik.

SELL STOP = Arahan untuk membuka posisi SELL dengan syarat jika harga bergerak turun ke bawah dengan nilai pip yang telah ditetapkan. Contoh GBP/USD turun 20 pip dan Order Sell Stop dilaksanakan secara automatik.

SELL LIMIT ORDER = Arahan untuk membuka posisi SELL dengan syarat jika harga bergerak naik ke atas dengan nilai pip yang telah ditetapkan. Contoh GBP/USD naik 20 pip dan Order Sell Limit Order dilaksanakan secara automatik

SCALPER = Istilah yang digunakan untuk trader yang membuka transaksi BUY/SELL dengan jumlah pip yang kecil dan menutup posisi dalam masa yang singkat.

DAY TRADER = Istilah yang digunakan untuk trader yang membuka posisi harian dan menutup transaksi tidak lebih dari tempoh 24 jam posisi dibuka.

SWING TRADER = Istilah yang digunakan untuk trader yang membuka posisi dalam tempoh lebih dari 24 jam dan selalunya menutup posisi selepas minggu, bulan atau tahun. 

BID = Harga yang ditawarkan kepada trader untuk Membeli sesuatu nilai kontrak

ASK = Harga yang ditawarkan untuk trader Menjual sesuatu nilai kontrak

SPREAD = Perbezaan JUAL/BELI harga antara BID & ASK


Kita akan sambung lagi ke post seterusnya untuk next update akan datang.Lebih banyak info forex yang terbaik khas untuk anda.Jika anda ingin mendapatkan pakej forex percuma PFP,bolehlah ke halaman utama.

Read more


Belajar Forex : Kenali Istilah Istilah Dalam Forex

BAB 1 : Belajar Kenali Istilah Istilah Dalam Forex

Salam kepada semua pelawat pakejforexpercuma.blogspot.com

Hari ini kita akan belajar sedikit sebanyak istilah istilah dalam forex untuk pengetahuan dan pembelajaran kepada semua.Namun penerangan yang saya berikan agak sedikit ringkas untuk memastikan lebih ramai newbie faham dan seterusnya menambah lebih baik ilmu forex yang sedia ada.

Berikut adalah sedikit istilah istilah dalam forex yang dapat saya terangkan di dalam Bab 1 kali ini.

Market Order
- Arahan untuk membuka posisi BUY @ SELL pada harga pasaran semasa

Limit Order (Take Profit Order) 
- Arahan untuk menetapkan nilai keuntungan bagi posisi yang dibuka, cth posisi BUY GBP/USD & Take Profit Order ditetapkan sebanyak 20 pip. Maka jika GBP/USD begerak 20 pip maka secara otomatik posisi Buy akan ditutup.

Stop Loss
- Arahan untuk menetapkan nilai kerugian sesuatu posisi, contoh posisi BUY GBP/USD & Stop Loss telah ditetapkan sebanyak 20 pip dan sekiranya harga reverse sebanyak 20 pip maka secara automatik posisi BUY akan ditutup.

Buy Stop
- Arahan untuk membuka posisi BUY dengan syarat jika harga bergerak naik ke atas dengan nilai pip yang telah ditetapkan. Contoh GBP/USD naik 20 pip dan Order Buy Stop dilaksanakan secara automatik.

Keep up to date untuk info dan tip serta pembelajaran di masa akan datang.Next update = BAB 2 : Kenali Lebih Banyak Info Mengenai Istilah Forex

Read more


Tips Forex : Apa Itu Pips

TIPS FOREX : Apa Itu Pips

Hari ini saya akan menerangkan sedikit tips dan info dalam forex mengenai pips.Mungkin ramai sedia maklum istilah pip dalam forex,iaitu "percentage in point" dalam penerangan lebih mudah point.

Ia amat penting bagi newbie newbie forex mempelajari lebih mendalam mengenai pip di dalam pembelajaran forex.

Pip adalah pergerakan kecil dalam market atau pasaran matawang seperti forex.Untuk memudahkan anda,saya akan berikan contoh mudah untuk difahami.Disini saya akan mengunakan Pair ( matawang ) Eur/Usd

Contoh : - Market Price Bagi Pair Eur/Usd terkini 1.2910 - kemudian dalam tempoh beberapa minit,ianya berubah kepada 1.2918,ini bermakna pergerakan pip adalah naik sebanyak 8 pip.Bagaimana pengiraan pip di buat? berikut adalah cara membuat pengiraan pip cara ringkas

Perbezaan 1.2910 kepada 1.2918 = naik sebanyak 8 pip ( pengiraan di buat melalui titik nombor di bahagian hujung sekali )

Jika Contoh :- Market Price Bagi Pair Eur/Usd terkini  1.2910 - Kemudian dalam tempoh beberapa minit,ianya berubah kepada 1.2902,ini bermakna pergerakan pip adalah turun sebanyak 8 pip.

Ini merupakan penerangan ringkas yang boleh saya terangkan kepada anda.Subscribe blog saya untuk mendapatkan update terbaru mengenai pembelajaran dan tip forex yang akan di update dari masa ke semasa ( jika saya ada masa terluang )

Jika anda berminat mendapatkan pakej forex percuma yang saya tawarkan di muka dengan secara percuma anda semua bolehlah ke halaman utama untuk cara cara mendapatkan pakej forex secara percuma daripada saya tanpa sebarang bayaran.


Read more

Bookmark Us

Register Instaforex


Best Forex Broker


Follow US

LinkBack

directories free automated linkback